Close

Pekerja Microsoft dibenarkan kerja dari rumah secara kekal

Microsoft membenarkan lebih ramai pekerjanya untuk bekerja dari rumah secara kekal. Walaupun pada ketika ini masih ada sebahagian pekerja yang bekerja dari rumah sejak Pandemik COVID-19 melanda dunia. Pengumuman itu dibuat oleh Microsoft sendiri.

Microsoft juga memperkenalkan “tempat kerja hibrid” secara dalaman untuk memungkinkan fleksibiliti yang jauh lebih besar apabila pejabat Amerika Syarikat dibuka semula. Dan ia juga merupakan rancangan untuk masa hadapan.


Buat masa ini, Microsoft akan membenarkan pekerja bekerja dari rumah dengan 50% dari kerja mingguan mereka. Bagi pekerja yang bekerja secara remote juga tidak perlu untuk ke pejabat yang ditugaskan dan mempunyai pilihan untuk mengguanakan “touchdown space” yang tersedia di pejabat Microsoft.


Langkah untuk menjadikan bekerja lebih fleksibel tercetus setelah Microsoft diberitahu bahawa pejabat Amerika Syarikat tidak akan dibuka semula sehingga Januari 2012 paling awal. Microsoft pada awalnya membenarkan pekerjanya bekerja dari rumah pada bulan Mac sebelum menguatkuasakan kerja wajib dari rumah kerana wabak itu merebak ke Seattle dan seterusnya ke Amerika Syarikat.


Selain Microsoft, Facebook juga telah mengambil langkah yang sama. Dengan memindahkan puluhan ribu pekerja ke pekerjaan jarak jauh. Mark Zuckerberg juga mendedahkan yang pekerjaan jarak jauh ini mampu dibuat sehingga lima ke sepuluh tahun.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN