Close

Pengalaman skrin yang menakjubkan dengan realme C17

Skrin merupakan salah satu perkara yang penting pada kebanyakan pengguna. Seperti saiz skrin, warna yang dihasilkan, jenis skrin dan juga sokongan kadar segar semula. Tidak banyak peranti kelas permulaan yang ada di pasaran menawarkan semua aspek berikut.
Tetapi ada satu model permulaan yang menawarkan ciri skrin yang terbaik pada ketika ini. Ia adalah peranti dari realme iaitu realme C17 yang menawarkan skrin dengan beberapa ciri menarik dengan spesifikasi terkini.
Untuk realme C17, ia hadir dengan skrin bersaiz 6.5 inci HD+ bersama paparan ultra smooth 90Hz dan juga 120Hz sampling rate. Bagi nisbah skrin realme C17, ia menggunakan 20:9 yang mana ia pasti memberikan pengalaman melihat skrin yang lebih baik.
Apakah kesan dengan adanya ultra smooth 90Hz dan 120Hz sampling rate pada realme C17? Semestinya ultra smooth 90Hz mempunyai kadar penyegaran 50% lebih tinggi berbanding dengan peranti yang menggunakan paparan 60Hz. Sekaligus memberikan anda pengalaman menatal ( scroll ) yang sangat smooth.
Bagi fungsi 120Hz sampling rate pula, ia adalah frekuensi skrin apabila menerima sentuhan dalam beberapa saat. justeru itu, ia memberikan tindak balas yang sangat cepat apabila menerima sentuhan dengan 120 sesaat berbanding dengan peranti yang menggunakan 60Hz sampling rate.
Selain itu, realme C17 juga turut dilengkapi dengan ketahanan Corning Gorilla Glass yang menjadikan skrin realme C17 mempunyai ketahanan yang lebih baik dari calar, lebam dan jatuh dari penggunaan harian.
Fungsi lain yang ada pada skrin realme C17 lagi adalah pelindung mata, yang mana ia menaikkan suhu warna bagi mengurangkan sinaraan cahaya biru membuatkan mata anda lebih selesa semasa mengguna untuk jangka masa yang lama. Fungsi ini juga boleh di tetapan secara automatik.
Fungsi yang jarang ada pada peranti kelas permulaan iaitu mod warna juga tersedia pada realme C17, yang mana ia mempunyai dua pilihan iaitu mod vivid dan mod lembut. Bagi mod vivid ia memberikan paparan dalam warna gamut  P3 dengan warna sebenar dan mod lembut memberikan paparan dalam warna gamut sRGB dengan warna yang lebih jelas dan tepat.
Secara keseluruhanya, skrin yang ditawarkan pada realme C17 adalah sangat baik bagi kelas permulaan. Dengan harga RM899 dan fungsi serta mod yang dibawakan bakal memberikan pengalaman pengunaan yang tidak ada pada peranti kelas permulaan di luar sana.

ARTIKEL BERKAITAN