Close

Pengecas pantas 20W untuk siri iPhone 12 dijual pada harga RM99

Seperti yang kita tahu, siri iPhone 12 akan dijual tanpa pengecas dan earpods didalam kotak. Dengan alasan untuk memelihara alam sekitar dan  dapat mengurangkan pelepasan karbon secara signifikan, serta kotak pembungkusan menjadi lebih kecil dan menjimatkan kos penghantaran.

Untuk mendapatkan pengecasan pantas 20W anda perlu menambah RM99. Ia dijual menerusi laman web Apple ketika ini. Pengecasan pantas 20W ini juga menyokong beberapa peranti lain seperti iPhone 11, XS, XR, SE, 8, dan juga iPhone X.

Dengan penjualan pengecasan pantas secara berasingan,ia telah mengundang kepada kritikan pelanggan mengenainya. Mungkin masa akan datang hanya iPhone sahaja yang ada di dalam kotak tanpa sebarang aksesories.


(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN