Close

Perkhidmatan Apple One kini boleh dilanggan di Malaysia dengan harga RM19.90

Jika sebelum ini kita perlu membayar RM14.90 untuk melanggan perkhidmatan Apple Music untuk seorang dan ia satu nilai yang agak berpatutan. Namun kini Apple tawarkan perkhidmatan Apple One yang lebih berpatutan buat pengguna barangan Apple.
Kerana perkhidmatan ini menawarkan 4 langganan sekaligus pada harga bermula RM19.90 seorang dan RM33.90 untuk keluarga. Langganan ini membolehkan anda untuk mengakses Apple Music, Apple Arcade, Apple TV+ dan juga storan awan iCloud 50GB.
Dengan Apple One, anda boleh gunakan semua perkhidmatan yang Apple sediakan pada satu harga yang berpatutan berbanding hanya langgan satu perkhidmatan sahaja. Menariknya, anda boleh mencubanya terlebih dahulu selama sebulan tanpa bayaran.
Semua produk Apple termasuk iPhone, iPad, MacBook, Apple TV dan lain-lain boleh mengakses langganan ini. Untuk langgan Apple One, hanya perlu masuk ke bahagian aplikasi App Store > Account > Subscriptions > Apple One.

ARTIKEL BERKAITAN