Close

Pra-tempahan siri iPhone 12 di Malaysia bermula 6 November dan tersedia pada 13 November

Buat anda yang menantikan penjualan rasmi siri iPhone 12 di Malaysia, ini berita baik untuk anda kerana Apple dalam laman sesawang rasmi telah menunjukkan tarikh pra-tempahan yang boleh dibuat pada 6 November 9.00 PM dan tersedia untuk dibeli pada 13 November ini di Malaysia.
Mengikut perkongsian Switch di Instagram, penjualan ini melibatkan semua varian iPhone 12 di kedai penjual Apple yang sah seperti Switch, Machine, dan lain-lain.

Siri kali ini hadir dengan 4 pilihan varian iaitu iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro yang dijana dengan cip pemproses A14 Bionic dan rangkaian 5G. Penaiktarafan dari segi fungsi kamera, rekaan baharu, pilihan saiz skrin lebih besar/kecil dan juga pilihan warna baru.
Untuk harga, iPhone 12 dijual dengan harga bermula RM3,899 (64GB), iPhone 12 mini RM3,399 (64GB), iPhone 12 Pro RM4,899 (128GB) dan iPhone 12 Pro Max RM5,299 (128GB). Tonton video pandangan awal tentang iPhone 12 :

(Sumber : Apple)

ARTIKEL BERKAITAN