Close

Proton X50 akan dilancarkan secara rasmi pada 27 Oktober ini

Teka teki tentang tarikh pelancaran Proton X50 akhirnya terjawab apabila Proton sendiri mengumumkan melalui Facebook bahawa syarikar itu akan melancarkan dan membuka jualan pertamanya pada 27 Oktober ini.
Proton X50 adalah kereta SUV Segmen-B yang mempunyai pelbagai teknologi baharu seperti parkir automatik, kamera 360, ADAS 2.0, teknologi pemanduan sendiri, enjin 1.5L Turbo dan kotak gear 7-kelajuan.
Setakat ini Proton X50 sudahpun mendapat 20,000 tempahan di Malaysia. Namun, buat masa ini harga jualan rasmi masih belum didedahkan. Kita nantikan pelancarannya pada 27 Oktober nanti.

ARTIKEL BERKAITAN