Close

PUBG Mobile dan PUBG Mobile Lite diharamkan di India bermula 30 Oktober

India sebelum ini telah pun melarang 118 aplikasi dalam gelombang larangan ketiga terhadap aplikasi yang dibangunkan oleh entiti China. Gelombang larangan ketiga ini juga menyebabkan permainan battle royale popular iaitu PUBG Mobile dan PUBG Mobile Lite menerima nasib yang sama.

Google dan Apple telah pun membuang PUBG Mobile dan PUBG Mobile Lite dari Play Store dan App Store. Ini membawa maksud yang permainan battle royale tersebut tidak lagi boleh dimuaturun dari aplikasi rasmi Android dan iOS. Selaras dengan arahan dari Kementerian Elektronik dan IT Kerajaan India.

Tencent Games akan menghentikan semua perkhidmatan dan akses untuk pengguna di India untuk kedua-dua permainan tersebut bermula 30 Oktober 2020. Sebelum ini, PUBG Corporation telah pun mencabut hak penerbitan dari Tencents Games untuk menangani beberapa masalah keselamatan. Namun, ia tidak berjalan seperti yang diharapkan.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN