Rasai paparan skrin yang ultra pantas dengan realme 7i terbaru! - FUZZ.MY

Tuesday, October 13, 2020

Rasai paparan skrin yang ultra pantas dengan realme 7i terbaru!


Pada kali ini, realme mempertaruhkan peranti baru dalam kelas pertengahan iaitu realme 7i. realme sentiasa menawarkan peningkatan dari segi spesikifasi dan pembaharuan yang berbaloi buat peranti mereka, lebih-lebih lagi pada bahagian paparan skrin.


Menariknya, paparan skrin yang digunakan pada realme 7i menjanjikan pengalaman penggunaan skrin yang super pantas jika anda sering bertukar aplikasi atau pengguna media sosial yang tegar. Ya, ia sememangnya untuk anda!

 


Ini kerana untuk bahagian skrin realme 7i, ia menggunakan skrin bersaiz 6.5-inci HD+ bersama paparan ultra smooth 90Hz dan juga 120Hz sampling rate.


Terdapat juga ketahanan jenis Corning Gorilla Glass serta mempunyai 50% kadar segar berbanding  paparan 60Hz. Persoalannya, apa yang menarik dengan ultra smooth 90Hz dan 120Hz sampling rate ni sebenarnya?



Bagi anda yang masih tidak tahu, paparan 90Hz berfungsi dengan menghasilkan kemaskini 90Hz paparan sesaaat . Ia seakan static, tetapi setiap piksel dikemaskini untuk memaparkan visual yang mana akan memberikan pengalaman menatal (scroll) yang sangat lancar berbanding paparan 60Hz.


 

Jadi, dengan adanya ultra smooth 90Hz ia pasti menjadikan pelaburan membeli realme 7i yang sangat berbaloi. Mana tidaknya, kerana bukan semua peranti di pasaran menggunakan paparan 90Hz pada ketika ini.

 

Untuk 120Hz sampling rate pula adalah, ia mampu meningkatkan ketepatan sentuhan dan menjadikan semuanya kelihatan lebih lancar ketika anda menonton filem atau bermain permainan mudah alih.

 


Buat peminat permainan mudah alih, 120Hz sampling rate pasti akan menjadi salah satu fungsi kegemaran anda kelak. Dengan kepantasan tindak balas pada sentuhan akan memberikan pengalaman yang berbeza dan menjadikan cara bermain anda seperti seorang pemain profesional!


Selain itu, paparan pada realme 7i juga mempunyai kecerahan pada 600nits. Yang mana ia sangat membantu pada situasi penggunaan di luar. Anda masih boleh melihat skrin tanpa sebarang masalah walaupun di bawah cahaya matahari.


Secara keseluruhanya, paparan pada realme 7i boleh dikatakan terbaik bagi kelas pertengahan. Dengan skrin meliputi sehingga 90% ditambah pula dengan ultra smooth 90Hz dan 120Hz sampling rate ia semestinya pembelian yang sangat berbaloi.


Promosi di penjual realme yang sah

Promosi di Lazada


realme 7i mula dijual pada 13 Oktober jam 2.00 PM dengan harga RM999 di Lazada bersama percuma realme 10,000 Power Bank 2. Untuk kedia penjual yang sah, anda boleh beli bermula 17 Oktober ini dengan harga RM999 dan percuma realme Buds Classic. 


Nantikan peranti baru iaitu realme C17 yang akan datang dalam masa terdekat ini!