Close

Rasai pengalaman paparan skrin 90Hz yang ultra pantas dengan realme narzo 20 Pro!

Bila sebut sahaja tentang kelajuan, tidak banyak telefon pintar yang menawarkan pengalaman paparan skrin yang serba pantas. Malah, fon yang berharga lebih RM5,000 pun ada yang masih tidak menawarkan paparan yang pantas.

Namun sebaliknya untuk realme narzo 20 Pro, fon kelas pertengahan yang dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.5-inci dengan resolusi 2400 x 1080 piksel (FHD+) bersama paparan kadar segar semula 90Hz dan juga 120Hz kadar persampelan yang tinggi.
Dengan paparan segar semula 90Hz, ia membolehkan anda merasai pengalaman penggunaan skrin yang 50% ultra pantas dari kebiasaan skrin yang hanya 60Hz. Lebih-lebih lagi ketika anda menatal skrin untuk tukar-tukar aplikasi, menggunakan media sosial dan permainan mudah alih.
Bukan itu sahaja, dengan saiz skrin 6.5-inci yang besar, ratio 20:9, skrin-ke-badan 90.5% dan kecerahan yang mencapai 480 nits, sekaligus menambah lagi penggunaan paparan skrin realme narzo 20 Pro dengan lebih cantik dan jelas.
Menariknya lagi, pada bahagian kamera swafoto realme narzo 20 Pro, terdapat lampu lingkaran yang lebih menyerikan lagi skrin apabila anda ingin menggunakan kamera swafoto atau membuka skrin melalui pengimbas wajah. Turut menyokong OSIE yang memberi paparan serba jelas, warna yang intensiti dan nampak lebih dinamik.
Tambahan lagi, jika anda yang mementingkan kesihatan mata. realme narzo 20 Pro dilengkapi dengan fungsi ‘Eye Protection’ yang mampu memberi perlindungan terhadap mata anda ketika menggunakan fon ini. Fungsi ini juga boleh ditetapkan untuk mengurangkan radiasi lampu biru.
Jika anda yang mahukan warna yang lebih tampak cantik, realme narzo 20 Pro juga turut mempunyai fungsi mengubah mod warna skrin kepada mod Vivid yang mempunyai warna gamut P3 yang lebih realistik atau mod Gentle iaitu warna gamut sRGB dengan warna yang lebih natural.
Dengan paparan 90Hz yang serba pantas, skrin 6.5-inci FHD+ yang besar, pelindung mata dari radiasi lampu biru, sokongan OSIE dan juga fungsi menukar mod warna, ia memberi nilai tambah yang membuatkan realme narzo 20 Pro satu pembelian yang amat berbaloi jika anda mementingkan kualiti paparan skrin.
Untuk maklumat lanjut tentang realme narzo 20 Pro, nantikan di Facebook rasmi realme Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN