Close

realme 7i dengan bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 18W yang padu!


Selain dari spesifikasi terkini yang menjadi taruhan pada
setiap telefon pintar. Terdapat satu lagi aspek yang perlu dilihat untuk
menjadikan ia pembelian yang berbaloi.
Kita semua memerlukan
telefon dengan prestasi terbaik dan speksifikasi yang terkini
, tetapi
jangka hayat bateri
telefon pintar adalah faktor yang perlu dilihat sebelum
memilih sesebuah telefon.

 

Untuk menyelesaikan
masalah tersebut, pihak realme hadir dengan model realme 7i yang menjanjikan
jangka hayat bateri yang lebih lama berbanding peranti lain di pasaran.

 

Dengan menjanjikan
penggunaan yang lebih lama realme 7i dilengkapi dengan kapasiti bateri sebesar
5000mAh. Dengan kapasiti sebesar itu, ia pasti tidak akan memberi sebarang
masalah untuk digunakan untuk bermain media sosial mahupun bermain permainan
mudah alih sepanjang hari. Hidup anda kini bebas dari powerbank.

 

Selain itu, menurut realme
lab
bateri realme 7i mampu bertahan sehingga 34 hari dalam mod sedia. Yang mana
ia lebih hebat dari peranti premium di luar sana. Tidak cukup dengan itu,
realme 7i juga mampu menjadi powerbank dengan teknologi OTG khas ( reverse
charge )
yang berupaya untuk mengecas peranti lain.

 

realme 7i juga hadir
dengan teknologi pengecasan pantas 18W. Dengan hanya 30 minit mengecas mampu memberikan
bateri sebanyak 33%. Untuk pengoptimuman bateri yang lebih padu, realme turut
memuatkan fungsi penjimatan bateri dan super penjimatan bateri.

 

 


Fungsi penjimatan bateri dapat
meningkatkan daya ketahanan bateri dengan mengurangkan penggunaan kuasa pada
sesetengah fungsi dan untuk super penjimatan bateri ia lebih agresif yang bila
di hidupkan dengan hanya 5% anda mampu menggunakan aplikasi WhatApp selama 1.1
jam.

 


Secara konklusinya, realme
7i
menawarkan spesifikasi terbaik dengan jangka hayat bateri yang lebih
panjang. Disertakan dengan teknologi pengecasan pantas menjadikan ia sebagai
salah satu peranti yang berbaloi untuk dimiliki.

 


Menarik kan? Anda boleh
dapatkan realme 7i di kedai penjual realme yang sah bermula 17 Oktober ini.
Dengan bateri 5000mAh yang besar dan pengecasan pantas 18W, tak perlu risau
tentang penggunaan harian.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN