Close

realme C17 dengan bateri 5000mAh yang mampu bertahan 34 hari dan 6GB RAM + 256GB storan yang cukup besar!

Penawaran bagi peranti kelas permulaan boleh dikatakan sangat kompetitif. Dengan pelbagai fungsi dan spesifikasi ditawarkan. Oleh itu, realme kini hadir dengan peranti kelas permulaan yang menawarkan bateri, memori dan storan yang cukup besar untuk kepuasan pengguna.
realme C17 kali ini akan menjadi antara fon kelas permulaan terbaik untuk anda kerana terdapat dua perkara menarik dengan peranti ini, yang pertama adalah ia dilengkapi 6GB RAM dengan 256GB storan dan yang kedua adalah kapasiti baterinya yang cukup besar!

Untuk mencari peranti kelas permulaan dengan kapasiti RAM dan storan yang besar adalah sangat sukar. Justeru itu, realme C17 hadir bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan menawarkan kapasiti 6GB RAM dan 256GB storan.
Dengan penawaran 6GB RAM ia sudah pasti memberikan pengalaman penggunaan yang sangat mengagumkan. Baik untuk tugasan harian atau tugasan berat. Membuka aplikasi yang banyak dengan lebih lancar. Atau bermain permainan mudah alih yang berat dengan lebih baik.
         
Selain itu, realme C17 juga menawarkan kapasiti storan yang sangat besar iaitu 256GB. Dengan storan sebesar itu, anda boleh menyimpan gambar, video, muzik dan macam-macam lagi tanpa perlu risau storan akan penuh. Dan yang paling menarik sekali, anda boleh pasang aplikasi kegemaran anda tanpa perlu memikirkan ruang storan.
 
Tidak hanya RAM dan storan sahaja yang mempunyai jumlah yang besar. realme C17 juga turut dilengkapi dengan kapasiti bateri sebesar 5000mAh. Dengan kapasiti sebesar itu, masalah kehabisan bateri untuk kegunaan harian tidak mungkin akan timbul dengan realme C17. 
Menurut realme lab, bateri realme C17 mampu bertahan sehingga 34 hari dalam mod sedia. Lebih hebat dari peranti kelas atasan yang ada di pasaran. Bukan itu sahaja, realme C17 boleh bertukar menjadi powerbank dengan teknologi OTG khas (reverse charge) yang berupaya untuk mengecas peranti lain. Menarik kan?
 
Selain itu, realme  C17 juga turut menggunakan teknologi pengecasan pantas 18W. Dengan hanya 30 minit mengecas mampu memberikan bateri sebanyak 33%. Untuk pengoptimuman bateri yang lebih padu, realme turut memuatkan fungsi penjimatan bateri dan super penjimatan bateri.
Fungsi penjimatan bateri dapat menambah jangka hayat bateri dengan mengurangkan penggunaan kuasa pada sesetengah fungsi dan untuk super penjimatan bateri ia lebih agresif yang bila di hidupkan ia mampu bertahan sehingga 38 jam dalam mod sedia. Fuh lama betul!
Secara keseluruhan, realme C17 boleh dikatakan peranti yang sangat berbaloi bagi kelas permulaan. Dengan RAM dan storan yang besar serta jangka hayat bateri yang panjang ia menjadi peranti kelas permulaan yang sempurna. Jika anda berminat, realme C17 boleh dibeli tidak lama lagi melalui rangkaian telco DiGi.

ARTIKEL BERKAITAN