realme C17 mempunyai AI 13MP kuad-kamera dan fungsi ‘Nightscape’ yang begitu mengujakan! - FUZZ.MY

Thursday, October 22, 2020

realme C17 mempunyai AI 13MP kuad-kamera dan fungsi ‘Nightscape’ yang begitu mengujakan!



Kemampuan kamera pada sesebuah peranti sedikit sebanyak mempengaruhi kepada pembelian sesuatu peranti itu. Kemampuan sesuatu kamera itu bukanlah terletak kepada saiz megapixel semata-mata. Ia memerlukan gabungan perkakasan dan juga perisian yang sebati untuk mendapatkan hasil yang imej yang berkualiti.

 


Bagi model kelas permulaan, tidak banyak peranti yang menawarkan kemampuan kamera yang baik. Namun realme hadir menawarkan satu lagi peranti kelas permulaan dengan kamera yang baik dengan model realme C17. Jadi apa yang mampu dilakukan dengan kuad-kamera realme C17?.

 


Untuk melengkapkan realme C17 sebagai salah satu peranti kelas permulaan dengan kamera terbaik di pasaran. Pihak realme telah menyertakan mod kamera ‘Nightscape’  yang mana akan merubah gambar malam menjadi lebih baik serta lebih terang dan lebih jelas.

 

Dengan hanya satu klik, mod Nightscape akan mengambil beberapa gambar yang berbeza keadaan dan pendedahan, menggabungkannya berdasarkan gambar yang terbaik. Sekaligus memberikan gambar akhir yang sangat mengagumkan dengan mod Nightscape.

 


Berdasarkan kepada spesifikasi, realme C17 menawarkan fungsi kuad-kamera dengan kamera utama 13MP f/2.2, 8MP f/2.2 sudut lebar dengan sudut pandangan sehingga 119 °, 2MP makro f/2.4 dan juga 2MP B&W f/2.4. Cukup terbaik untuk peranti kelas permulaan!

 


Kamera utama realme C17 13MP menyokong fungsi PDAF yang mana fungsi ini menjadikan fokus kepada imej dengan lebih cepat dan tepat berbanding peranti tanpa PDAF. Selain itu sokongan aperture f/2.2 membolehkan kamera realme C17 mendapatkan cahaya yang cukup sekaligus memberikan hasil gambar lebih terang dan jelas.

 


Fungsi kamera sudut lebar masih tidak banyak digunakan pada peranti kelas permulaan. Namun tidak pada realme C17. Kamera 8MP dengan sudut pandangan sehingga 119 ° membolehkan anda mengambil gambar scenery secara keseluruhan tanpa hilang momen yang ada. Ia pasti satu pengalaman  indah dengan kamera sudut lebar pada realme C17.




Jika anda seorang yang suka mengambil gambar mikro, fungsi kamera makro pasti akan menjadi salah satu kamera kesukaan anda. Dengan  kemampuan sehingga jarak 4cm. Ia membolehkan anda menangkap subjek dengan lebih jelas dan terperinci.



Untuk hasil gambar jenis portret yang terbaik, realme C17 telah meletakkan fungsi kamera potret B&W.  Fungsi B&W memberikan pengalaman hasil gambar potrait yang lebih baik dengan membantu meningkatkan kualiti imej. Anda juga boleh hadirkan elemen retro atau memberikan sentuhan pada tekstur portrait.

 


Secara keseluruhanya, kemampuan kamera realme C17 berada di tahap yang berbeza walaupun ia merupakan peranti kelas permulaan. Dengan fungsi serta mod yang dibawakan bakal memberikan pengalaman pengunaan yang tidak ada pada peranti kelas permulaan lain di luar sana.