Close

realme narzo 20 Pro dengan MediaTek Helio G95 memberi ‘pengalaman gaming’ yang mantap!

Bila bercakap soal prestasi, ini adalah hal yang paling utama sekali untuk sesebuah telefon pintar pada masa kini. realme adalah antara pengeluar telefon pintar yang banyak mengeluarkan fon dengan prestasi yang cukup baik untuk harganya.

Fon terbaru iaitu realme narzo 20 Pro dijana dengan cip pemproses MediaTek Helio G95 iaitu fon yang pertama di dunia yang dikuasakan dengan cip berasaskan permainan mudah alih terbaru dari MediaTek dengan skor AnTuTu yang cukup tinggi.

Jika anda memang seorang penggemar permainan mudah alih, realme narzo 20 Pro dapat memberi pengalaman permainan yang optimum untuk fon kelas pertengahan kerana penggunaan cip 12nm dapat memberi lebih kuasa dan lebih efisyen.

Bukan itu sahaja, terdapat juga system penyejukan yang ditambah baik yang digelar sebagai ‘Carbon Fiber Cooling System’ bagi menjamin fon anda tidak terlalu panas semasa bermain dan mampu menyejukkan sehingga 8.6% untuk prestasi yang lebih cemerlang!

Dengan kombinasi tinggi-prestasi Cortex-A76 cores yang mampu mencapai sehingga 2.05GHz, tinggi-efisyen Cortex-A55 cores yang mencapai 2GHz dan 900MHz Mali-G76GPU juga, ia menambah lagi kuasa untuk anda merasai pengalaman permainan yang lebih lancar.

Gabungan CPU, GPU, kuasa AI dan RAM yang serba pantas, realme narzo 20 Pro dapat memberi anda kepuasan untuk melakukan kerja harian, media sosial, permainan mudah alih dan juga pelbagai perkara.

Sememangnya realme narzo 20 Pro amat sesuai untuk penggemar permainan mudah alih dan juga untuk pengguna yang mahukan fon kelas pertengahan yang serba pantas. Ya, narzo 20 Pro dapat memberi apa yang anda mahukan untuk harga yang berpatutan!

Nantikan maklumat lebih lanjut tentang realme narzo 20 Pro di Facebook rasmi realme Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN