Bukan itu sahaja, realme dilihat semakin berani mempertaruhkan jenama mereka sebagai peneraju dalam industri penjagaan diri dengan menggunakan teknologi dan inovasi untuk digunakan dalam kehidupan harian seiring dengan gaya hidup masa kini.
Buat masa ini, realme menawarkan dua produk penjagaan diri iaitu realme Smart Scale dan realme M1 Sonic Electric Toothbrush. Jadi apa yang menarik tentang kedua-dua produk penjagaan diri oleh realme ini?
realme Smart Scale
Ciri-ciri yang ditawarkan oleh realme Smart Scale sangat membantu dalam penjagaan diri. Hadir dengan 16 fungsi kesihatan dari yang paling asas sampai paling tinggi, membolehkan pengguna mengumpul data sekaligus dapat memantau tahap kesihatan dari semasa ke semasa.
realme Smart Scale mempunyai sensor Bioelectrical Impedance Analysis (BIA) yang dapat mengukur lemak dan kandungan otot dengan menganalisis maklumat semasa bioelektrik dari badan. Turut menyokong pemantauan degupan jantung masa nyata dan boleh diakses melalui aplikasi realme link bagi memantau tahap kesihatan pengguna.
realme M1 Sonic Electric Toothbrush
realme M1 Sonic Electric Toothbrush menggunakan teknologi motor sonik dengan frekuensi tinggi dan bulu Antibakteria DupontTM 99.99%. Mampu bertahan sehingga 90 hari dengan sekali caj dan menyokong pengecasan pantas tanpa wayar.
Hadir dengan satu butang dan empat jenis mod iaitu mod Soft, mod Clean, mod White dan juga mod Polish. Setiap mod hadir dengan fungsi yang berbeza. Mod Soft sesuai untuk gigi sensitif, mod Clean penggunaan biasa, mod White pembersihan yang lebih mendalam dan mod Polish untuk membuat gigi lebih bersinar.
realme M1 Sonic Electric Toothbrush mempunyai kepala berus tanpa logam nipis 3.5mm, dilengkapi dengan 34,000 per minit motor sonik, dan menghasilkan bunyi kurang daripada 60dB. realme mendakwa ia menawarkan pembersihan terbaik pada kelasnya.
Bagi realme M1 Sonic Electric Tootbrush ia hadir dengan jaminan satu tahun dan didatangkan dengan dua pilihan warna putih dan biru.
Anda boleh dapatkan kedua-dua produk penjagaan diri ini secara atas talian melalui Shopee Flash Sale 10.10 dia pautan berikut :