Close

Sah! Siri iPhone 12 akan dilancarkan pada Apple Event 13 Oktober ini

Sebelum ini terdapat pelbagai spekulasi tentang pelancaran siri iPhone 12 yang akan dilancarkan sekitar bulan Oktober kerana Apple tidak lancarkan seperti kebiasaan iaitu bulan September. Kini Apple telah mengesahkan Apple Event diadakan pada 13 Oktober (10.00 AM) waktu AS.
Berdasarkan maklumat yang tertiris, siri iPhone kali ini dijangka akan hadir dengan 4 pilihan varian iaitu iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan Pro Max, terdapat rangkaian 5G dan sensor LiDAR pada model Pro, rekaan seperti iPad Pro 2020 dan tiada pengecasan dalam kotak jualan.
Untuk anda tonton acara ini secara langsung, boleh tonton pada hari Selasa, 14 Oktober (1.00 AM) waktu Malaysia melalui pautan ini. Maklumat lanjut tentang siri iPhone 12, tonton video :

ARTIKEL BERKAITAN