Close

Samsung dilaporkan akan mengikut tindakan Apple – Tiada pengecas dan fon telinga dalam kotak jualan untuk Galaxy S21

Umum sedia maklum bahawa Apple tidak lagi memberi palam pengecas dan fon telinga dalam kotak jualan untuk Apple Watch Series 6 dan juga siri iPhone 12 yang terbaru. Dalam masa yang sama, terdapat juga tindakan perli-memerli tentang perkara dari pesaing mereka.
Dalam laporan yang dikongsikan oleh SamMobiles, Samsung dikatakan akan mempertimbangkan untuk tidak lagi memberi palam pengecas dan fon telinga dalam kotak jualan untuk Galaxy S21 yang dijangka akan diperkenalkan sekitar Januari 2021.
Jika anda masih tidak perasan, Samsung sebelum ini memberi sokongan pengecasan pantas 45W pada fon mereka, namun hanya memberi pengecas 25W dan perlu membeli pengecas 45W berasingan.
Menurut Apple, tindakan ini adalah untuk mengurangkan pembaziran dan menyelamatkan alam sekitar kerana kita diambang perubahan iklim yang merisaukan. Jadi, mungkinkah Samsung juga akan mengikut tindakan yang sama seperti Apple?
Jika benar, maka ia mungkin juga akan menjadi ikutan oleh pengeluar lain. Disamping menyelamatkan alam sekitar, ia juga dapat mengurangkan kadar kos pengeluaran dan memberi pilihan pada pengguna sama ada ingin gunakan pengecas sedia ada pada fon lama atau beli baru.

ARTIKEL BERKAITAN