Dan Huawei telah mencipta alternatif kepada Google Play Store iaitu AppGallery yang semakin berkembang dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Siri Huawei Mate 40 merupakan peranti yang menfokuskan kepada keupayaan kamera dengan spesifikasi yang terkini. Namun, walaupun hadir dengan kemampuan kamera yang hebat tanpa akses kepada Google Play Store sedikit sebanyak bakal mempengaruhi penjualanya nanti.
Buat masa ini, tidak pasti apa yang bakal ditawarkan oleh Huawei melalui siri Huawei Mate 40. Mungkin ini adalah peranti terakhir yang menggunakan cip pemproses Kirin atau juga mungkin peranti premium terakhir yang hadir dengan versi Android yang sudah dipasang sebelumnya.
Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan hari pelancaran bagi siri Huawei Mate 40 pada 22 Oktober.