Close

Siri Huawei Mate40 dilancarkan – Kirin 9000, Kamera 50MP dan paparan 90Hz dengan harga sekitar RM4,407

 

Huawei telah melancarkan siri baru mereka iaitu Huawei Mate40, Mate40 Pro dan juga Mate40 Pro+.  Menawarkan tiga barisan baru bagi siri Mate40 dengan model Pro+ merupakan model baru yang sebelum ini siri Mate30 hanya hadir dengan dua varian sahaja.

Siri Huawei Mate40 dikuasakan cip kirin terbaru iaitu kirin 9000 menggunakan teknologi 5nm. Untuk skrin, Huawei Mate40 dan Mate40 Pro+ menggunakan skrin OLED bersaiz 6.67-inci melengkung, resolusi 2772×1344 dengan paparan 90Hz. Manakala Mate40, dengan skrin OLED 6.5-inci FHD+ melengkung dengan paparan 90Hz.


Untuk memori dan storan, Mate40 menggunakan 8GB RAM dan 128GB storan. Pada Mate40 Pro pula hadir dengan 8GB RAM dan 256GB storan, namun pada Mate40 Pro+ ia hadir dengan  pilihan 12GB RAM. Ia juga menyokong slot memori tambahan NM Huawei.

Pada bahagian kamera, Huawei Mate 40 dilengkapi kamera utama 50MP f / 1.9, kamera sudut lebar 16MP f / 2.2, dan kamera telefoto 8MP f / 2.4. Mate 40 Pro mempunyai kamera utama yang sama,  termasuk kamera sudut lebar 20MP f / 1.8 dan kamera periskop 12MP f / 3.4 5x. Mate 40 Pro + pula mempunyai kamera utama yang sama, termasuk kamera sudut lebar 20MP f / 2.4, kamera periskop 8MP f / 4.4 10x dengan OIS, kamera telefoto 12MP f / 2.4, dan sensor ToF.


Kamera awafoto masing-masing menggunakan kamera 13MP sudut lebar, namun untuk Mate40 Pro dan Mate40 Pro Plus terdapatnya fungsi sensor ToF.

Bagi kapasiti bateri Mate40 Pro dan Mate40 Pro + menggunakan 4400mAh dengan pengecasan pantas 66W, 50W pengecasan tanpa wayar dan menyokong pengecasan tanpa wayar berbaloi. Mate 40 pula dibekalkan dengan 4200mAh bersama pengecasan pantas 40W.

Harga jualan bagi Mate 40 adalah sekitar RM4,407 (899 Euro), Mate40 Pro RM5,873 (1,199 Euro) dan Mate40 Pro + RM6,853 (1,399 Euro). Buat masa ini belum ada sebarang maklumat untuk pasaran di Malaysia. Sama-sama kita nantikan.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN