Pelancaran barisan baru siri iPhone 12 dijangka pada 13 Oktober. Tetapi apa yang menarik, Apple dilaporkan akan menghantar siri iPhone 12 kepada penjual bermula 5 Oktober secara berperingkat dan sebilangan model akan mula dijual pada 23 Oktober.
Seperti yang kita tahu sebelum ini telah tertiris yang siri iPhone 12 bakal hadir dengan empat jenis model iaitu iPhone 12, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max dan iPhone 12 mini. Namun, menurut laman web Winfuture beberapa penjual memberitahu siri iPhone 12 akan hadir dengan lima model.
Seperti kita tahu iPhone 12 akan hadir dengan rekaan baru , cip pemproses baru Bionic A14, kamera LiDAR dan juga warna baru. Sama-sama kita nantikan hari pelancaran iPhone 12.