Close

Siri iPhone 12 kini rasmi – A14 Bionic, rangkaian 5G dan rekaan baharu dengan harga bermula RM3,399

Apple hari ini telahpun melancarkan siri iPhone 12 yang hadir dengan 4 varian iaitu iPhone 12 mini (5.4-inci), iPhone 12 (6.1-inci), iPhone 12 Pro (6.1-inci) dan iPhone 12 Pro Max (6.1-inci) dengan rekaan seperti iPad Pro 2020 dan pilihan warna baharu.
Semua varian dijana dengan A14 Bionic (5nm) yang lebih berkuasa, skrin OLED Super Retina XDR, ketahanan panel skrin jenis Ceramic Shield dan juga terdapat rangkaian 5G pada semua varian. 
Dari segi spesifikasi, iPhone 12 dan 12 mini dilengkapi dengan dwi-kamera 12MP utama dan 12MP ultra sudut lebar dengan penambahbaikan dari segi keadaan kurang cahaya, Smart HDR 3 dan rakaman video HDR Dolby Vision. Namun Apple tidak menyatakan kapasiti bateri semua varian.

Manakala untuk 12 Pro dan 12 Pro Max, ia hadir dengan tri-kamera 12MP utama, 12MP telefoto, dan 12MP ultra sudut lebar. Namun terdapat kelebihan sedikit pada 12 Pro Max kerana menggunakan sensor yang lebih besar untuk ciri Shift-OIS dan gambar kurang cahaya yang lebih cantik.
Juga terdapat keupayaan kamera Apple ProRAW, Smart HDR 3, Deep Fusion pada semua sensor kamera dan juga penambahan LiDAR sensor untuk kegunaan AR dan fokus yang lebih baik dalam keadaan kurang cahaya.
Satu lagi ciri tambahan yang Apple perkenalkan adalah MagSafe, pengecasan tanpa wayar dengan kepantasan 15W yang dilihat lebih unik berbanding pengecasan tanpa wayar lain. Apple juga turut perkenalkan beberapa aksesori yang sesuai dengan MagSafe.
Malangnya, siri iPhone 12 kali ini hanya ada kabel dan fon sahaja dalam kotak jualan. Anda harus beli pengecasan 20W berharga RM99 jika mahu atau gunakan pengecasan yang sedia ada dari iPhone lama anda.

Untuk harga, iPhone 12 mini dijual dengan harga bermula RM3,399 dan iPhone 12 dengan harga RM3,899 untuk storan bermula 64GB. Manakala iPhone 12 Pro dengan harga RM4,899 dan iPhone 12 Pro Max dengan harga RM5,299 untuk storan bermula 128GB.

ARTIKEL BERKAITAN