Sony Xperia 1 II boleh ditempah dengan harga RM4,999 – Percuma Sony WF-1000XM3 bernilai RM949! - FUZZ.MY

Monday, October 19, 2020

Sony Xperia 1 II boleh ditempah dengan harga RM4,999 – Percuma Sony WF-1000XM3 bernilai RM949!


Sony Xperia 1 II adalah antara fon yang dinantikan oleh peminat di Malaysia kerana keupayaan kamera seakan siri kamera Sony Alpha yang cukup terkenal di kalangan juru gambar atau juru video.

Untuk spesifikasi, Xperia 1 II dijana dengan cip pemproses Snapdragon 865, rangkaian 5G, skrin OLED bersaiz 6.5-inci, bateri sebesar 4000mAh bersama pengecasan 21W, pembesar suara stereo, kuad kamera 12MP dan swafoto 8MP.


Terdapat 3 pilihan warna iaitu Hitam, Putih dan juga Ungu.

Sony Malaysia hari ini telahpun mengumumkan pra-tempahan untuk Sony Xperia 1 II dengan harga RM4,999 bermula 19 Oktober sehingga 19 November bersama percuma Sony WF-1000XM3 yang bernilai RM949 selagi stok masih ada untuk pembelian di Sony Store atau Sony Centre Malaysia.