Terdapat 869 kes jangkitan COVID-19 pada 17 Oktober dan paling tinggi setakat ini di Malaysia - FUZZ.MY

Saturday, October 17, 2020

Terdapat 869 kes jangkitan COVID-19 pada 17 Oktober dan paling tinggi setakat ini di Malaysia


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mengeluarkan senarai kes jangkitan COVID-19 terbaru yang mencatatkan kes paling tinggi iaitu 869 kes tempatan sepanjang negara kita menghadapi pandemik ini sejak bulan Mac.

Berikut adalah pecahan negeri setakat 17 Oktober :
  • Sabah - 451 kes
  • Selangor - 159 kes
  • Kuala Lumpur - 15 kes
  • Putrajaya - 2 kes
  • Johor - 2 kes
  • Melaka - 1 kes
  • Negeri Sembilan - 1 kes
  • Terengganu - 3 kes
  • Perak - 4 kes
  • Kedah - 38 kes
  • Sarawak - 4 kes
Lain-lain negeri seperti Perlis, Pahang, Kelantan dan Labuan tidak mencatatkan kes terbaru setakat hari ini. Majoriti kes jangkitan adalag dari kontak rapat, kluster dan lain-lain ujian saringan. Hari ini juga terdapat 302 kes sembuh dan 4 kes kematian akibat COVID-19.

(Sumber