Close

Tiada PKP, hanya PKPD untuk kawasan yang berisiko sahaja

Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin hari ini telah menyampaikan perutusan khas terhadap situasi COVID-19 yang sedang melanda Malaysia kerana jumlah jangkitan yang semakin hari semakin meningkat (691 kes jangkitan dan 2 kematian setakat 6 Oktober).
Dalam kenyataan, beliau menyatakan bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepertimana yang rakyat Malaysia lalui pada bulan Mac lalu oleh kerana terdapat risiko yang besar terhadap perkembangan ekonomi negara.
Oleh itu, kerajaan memutuskan untuk laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar terhadap kawasan yang dikenal pasti berisiko atau zon merah terhadap jangkitan COVID-19.
Bagi kawasan yang tidak terjejas, masih boleh jalankan perniagaan seperti biasa dengan amalan SOP yang ketat dan penguatkuasaan yang lebih tegas ujarnya.
Tambahnya lagi, sekolah yang berada dalam zon merah akan ditutup.

ARTIKEL BERKAITAN