Twitter sedang mengalami masalah teknikal - FUZZ.MY

Friday, October 16, 2020

Twitter sedang mengalami masalah teknikal


Jika anda salah seorang pengguna aplikasi Twitter, pasti anda sedang mengalami beberapa permasalahan seperti tidak boleh membalas, memuatkan notifikasi dan sebagainya.

Jangan pelik, kerana memang Twitter sedang mengalami masalah teknikal sejak beberapa jam lalu sekarang ini yang memberi kesan pada pengguna di Eropah, AS dan negara-negara lain termasuk Malaysia.


Pihak Twitter juga turut akui tentang permasalahan ini dan sedang sedaya upaya untuk membaikinya. Menurut Twitter, permasalahan ini berpunca dari sistem dalaman dan tiada bukti tentang pelanggaran sekuriti atau penggodam.

KEMASKINI : Masalah teknikal sudahpun diperbaiki dan anda boleh gunakan Twitter seperti biasa.