Close

Xiaomi hadir dengan pengecasan pantas tanpa wayar 80W

Selepas menggunakan pengecasan pantas 120W dan 50W pengecasan tanpa wayar pada Mi 10 Ultra. Xiaomi hari ini mengumumkan satu lagi teknologi baru iaitu pengecasan tanpa wayar 80W.

Dengan menggunakan pengecasan tanpa wayar 80W, ia mampu mengisi bateri 4000mAh dari 0-100% dengan hanya mengambil masa 19 minit sahaja. Setiap 10% mengambil masa 1 minit dan 50% hanya memerlukan 8 minit.

Pengecasan tanpa wayar 80W ini merupakan teknologi ketiga yang di gunakan oleh Xiaomi. Dengan 30W merupakan yang pertama dan kedua 50W yang telah pun digunakan pada Mi 10 Ultra. Setakat ini, Xiaomi belum mendedahkan peranti yang akan menggunakan teknologi ini.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN