Close

Xiaomi Mi 10T dan Mi 10T Pro rasmi di Malaysia – Snapdragon 865 dan paparan 144Hz dengan harga bermula RM1,699

Xiaomi sebelum ini telah pun melancarkan Xiaomi Mi 10T dan Mi 10 T Pro. Dan hari ini, pihak Xiaomi Malaysia mengumumkan harga bagi pasaran Malaysia.

Xiaomi Mi 10T dan Mi 10T Pro hadir dengan skrin 6.67 inci IPS LCD resolusi FHD+ dan menyokong paparan 144Hz. Menggunakan cip pemproses Snapdragon 865.
Turut dibekalkan dengan kapasiti bateri 5000mAh bersama pengecasan pantas 33W. Dan kamera swafoto 20MP. Untuk keselamatan, disebabkan peranti ini menggunakan panel skrin jenis LCD, kedua-duanya menggunakan pengimbas cap jari di butang kuasa.

Perbezaan ketara bagi Mi 10T dan Mi 10T Pro adalah dari segi kamera, kapasiti RAM dan storan sahaja. Untuk  Mi 10T Pro menggunakan 108MP (OIS) dengan pilihan 8GB RAM dan storan 256GB. Manakala Mi 10T hadir dengan kuad kamera 64MP, 8GB RAM dan 128GB storan untuk pasaran Malaysia.
Mi 10T dan Mi10 T Pro akan mula dijual secara atas talian melalui Lazada dan Shopee bermula 9 Oktober. Mi 10T dijual dengan harga RM1,699 untuk 8GB + 128GB dan Mi 10T Pro RM1,999 untuk 8GB + 256GB.

ARTIKEL BERKAITAN