Close

Xiaomi Mi 10T Pro 8GB RAM akan dijual dengan harga bawah RM2,000 di Malaysia

Pelancaran siri Xiaomi Mi 10T telah dijadualkan pada 6 Oktober ini yang mungkin akan memperkenalkan 3 model baharu iaitu Mi 10T dan Mi 10T Pro yang dijana Snapdragon 865,  juga Mi 10T Lite yang dijana dengan Snapdragon 750G.
Spesifikasi yang ditawarkan pada siri kali ini agak kompetitif kerana menawarkan skrin IPS LCD dengan paparan 144Hz, bateri sebesar 5000mAh, pengecasan pantas 33W, tri-kamera 108MP pada model Pro dan pilihan memori sehingga 8GB RAM LPDDR5.
Dalam masa yang sama, Xiaomi Malaysia turut mengacah imej harga yang bakal ditawarkan untuk Xiaomi Mi 10T Pro 8GB RAM dan 256GB storan dengan harga RM1XXX yang menandakan bahawa Mi 10T Pro akan dijual dengan harga kurang dari RM2,000!
Jika benar, ia sememangnya satu tawaran yang sangat berpatutan dengan spesifikasi yang ditawarkan. Sama-sama kita nantikan pada 6 Oktober nanti. Apa pendapat anda?

ARTIKEL BERKAITAN