Selepas Menghadapi penurunan penggunaan yang berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Yahoo mengumumkan keputusan pada hari Selasa lalu yang menandakan berakhirnya perjalanan untuk salah satu sistem papan pesanan terbesar di Web pada masa itu.
Pada 12 Oktober, membuat kumpulan baru tidak boleh dilakukan dan pada 15 Disember, pengguna tidak lagi boleh menghantar dan menerima e-mel dari Kumpulan Yahoo. Laman web juga tidak boleh diakses. Tetapi, Yahoo Mail masih berfungsi seperti biasa.
"Ia bukanlah satu keputusan yang mudah, kita kadang-kadang mesti membuat keputusan yang sukar mengenai produk yang tidak lagi sesuai dengan strategi jangka panjang kerana kita perlu fokus pada bidang perniagaan lain".
Perkhidmatan Yahoo Groups dibangunkan pada tahun 2001 bertujuan untuk bersaing dengan platform lain seperti Reddit, Google Groups dan Facebook Groups namun ia menemui jalan buntu dan menyebabkan ia terpaksa ditutup.