Close

Anker perkenalkan aksesori pengecasan untuk iPhone 12 edisi Doraemon – Harga bermula RM40

Umum sedia maklum bahawa Apple telah perkenalkan siri iPhone 12 yang hanya dibekalkan dengan kabel jenis USB-C ke Lightning sahaja, tiada palam pengecas atau EarPods lagi dalam kotak jualan.  Apple juga turut menjual pengecas 20W dengan harga RM99.
Dalam masa yang sama, Xiaomi turut perkenalkan palam pengecas 20W dengan harga yang agak berpatutuan. Kali ini, jenama pihak ketiga yang cukup terkenal iaitu Anker pula perkenalkan aksesori pengecasan yang sesuai untuk digunakan pada siri iPhone 12 yang bertemakan Doraemon.

Aksesori ini pastinya akan diminati oleh siri kartun Doraemon dengan pelbagai pilihan seperti (Harga mengikut kadar tukaran wang asing semasa) :
  • Kabel USB-C ke Ligthning (USB-PD) : CNY 65 (RM40.4)
  • Kabel USB-C ke USB-C 100W (USB-PD) : CNY 105 (RM65.28)
  • Anker Nano 20W : CNY 78 (RM48.49)
  • Anker Mini Fuel 65W : CNY 99 (RM61.55)
  • PowerWave Pad 90W : CNY 78 (RM48.49
  • PowerCore III Fusion 5K : CNY 189 (RM117.51)
Jika dilihat dari harga yang ditawarkan, ia sememangnya harga yang sangat berpatutan untuk dibeli kerana jenama Anker tidak asing lagi dari kebanyakan pengguna barangan Apple kerana kualiti yang cukup baik. 

Tapi dengan bertemakan Doraemon, pastinya tidak semua pengguna suka dan peminat Doraemon sahaja yang mungkin akan membelinya. 

ARTIKEL BERKAITAN