Close

Apple umumkan acara khas pada 10 November ini – MacBook baru dengan Apple Silicon?

Dalam masa setahun ini nampaknya Apple giat mengadakan acara khas untuk memperkenalkan peranti terbaru mereka. Sebelum ini Apple telah perkenalkan Apple Watch Series 6 dan iPad Air 2020 baru pada bulan September dan siri iPhone 12 pada Oktober lalu.

Kini Apple sekali lagi mengadakan acara khas yang telah dijadualkan pada 10 November ini. Dalam acara ini, Apple dijangka akan perkenalkan MacBook baharu bersaiz 13-inci dan 16-inci yang dijana dengan cip pemproses berasaskan-ARM iaitu Apple Silicon disebalik Intel.
Anda boleh tonton acara ini secara langsung pada jam (1.00 AM) 11 November 2020 Rabu melalui YouTube rasmi Apple atau laman penstriman lain.

Apple juga dijangka akan melepaskan kemaskini macOS Big Sur versi rasmi pada semua pengguna pada acara khas kali ini setelah ia mula diperkenalkan pada bulan Jun lalu pada acara WWDC 2020.

ARTIKEL BERKAITAN