Muslim Pro seperti aplikasi lain yang menghasilkan duit dengan menjual data kepada pihak ketiga (X-Mode). Menurut Motherboard, tentera Amerika Syarikat telah membeli data dari X-Mode secara terus dengan tujuan untuk memerangi keganasan.
Sebelum ini, tentera Amerika Syarikat telah membeli data lokasi secara langsung dari Lotace X dan bukannya melalui kontraktor pertahanan. Menurut rekod perolehan awam, Operasi Khas Amerika Syarikat telah menghabiskan $ 90,656 (RM372,133.81) pada bulan April untuk mengakses data lokasi yang disediakan oleh firma Babel Street. Dengan tujuan untuk menyokong keperluan misi Pasukan Operasi Khas di luar negeri.
Tambah Motherboard lagi. Pembeli dapat melakukan seberapa banyak carian yang mereka inginkan setelah membayar untuk mengakses data, menurut dokumen pemasaran Babel Street.
Perkara melibatkan privasi adalah sesuatu yang serius. Buat masa ini tiada lagi sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Muslim Pro, X-Mode dan Locate X berkaitan perkara ini.