Close

Generasi baru Google Pixel tidak lagi menerima storan percuma Google Photo

 

Baru-baru ini Google menyatakan bakal menamatkan storan percuma pada Google Photo bermula Jun 2021. Namun, perkara tersebut tidak terkesan kepada pengguna Google Pixel sehingga Pixel 5. Namun, Tidak pada Generasi Google Pixel seterusnya yang akan kehilangan storan percuma pada Google Photo.

Menurut Android Central, Google tidak lagi  memberikan storan percuma pada Google Photo untuk peranti Google Pixel seterusnya. Ia bermakna Google Pixel seterusnya tidak mempunyai sebarang kelebihan seperti sebelum ini dan boleh dianggap Google Pixel sama dengan peranti lain di luar sana.

Perkara ini agak mengejutkan, Google seolah-olah memaksa pengguna menggunakan Google One. Sepatutnya Google menggunakan Google Photo pada Google Pixel seterusnya sebagai salah satu titik penjualan namun nampaknya ia tidak berlaku.

Google One menawarkan ruang simpanan bermula dari 100GB sehingga 30TB dengan harga bermula RM8.49 sehingga RM644.99 sebulan.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN