Close

Hanya RM1,659 sahaja diperlukan untuk menghasilan sebuah iPhone 12 Pro

Walaupun siri iPhone 12 hadir tanpa pengecasan di dalam kotak, penjualan iPhone 12 tetap mendapat sambutan yang hangat. Namun, persoalannya berapakah kos penghasilan bagi sebuah iPhone 12 Pro? Umum sedia maklum, harga jualan bagi siri iPhone 12 adalah sekitar RM3,399 untuk model asas.

Menurut Nikkei yang telah melakukan “teardown” pada iPhone 12 dan iPhone 12 Pro yang bekerjasama dengan pakar penyelidikan Fomalhaut Techno Solutions yang berpusat di Tokyo. Kos bagi penghasilan iPhone 12 Pro adalah sekitar RM1,659 ($406) bagi kos bahan binaan sahaja, tidak termasuk kos pengeluaran, pasaran, pengiklanan dan lain-lain.

Penggunaan komponen dari Korea Selatan adalah salah satu faktor kos penghasilan iPhone 12 Pro menjadi sedikit murah. Sekitar 26.8% komponen dari Kores Selatan digunakan pada iPhone 12 Pro.

Komponen utama seperti skrin yang digunakan pada siri iPhone 12 adalah dari Pembekal Kores Selatan iaitu Samsung. Seperti kita tahu Samsung merupakan peneraju kepada teknologi OLED. Selain itu, siri iPhone 12 turut menggunakan cip memori dari Samsung.

Penggunaan komponen dari China dilihat menurun kepada kurang dari 5% secara keseluruhan. Walaupun ia dipasang di China kerana faktor krisis perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat yang memberi kesan terhadap pembekal.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN