Close

Honda Civic generasi ke-11 akan diperkenalkan pada 17 November ini – Tiada lagi lampu sepit ketam?

Honda Civic adalah kereta segmen-C yang amat sinonim dengan anak muda kerana rekaan yang bergaya dan kuasa yang cukup memberi keupasan pada pemandu. Dalam sedar tak sedar, Civic FC (generasi ke-10) sudahpun 5 tahun berada di pasaran sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2016.
Setelah Honda perkenalkan model baharu Accord dan City, kini Honda bakal memperkenalkan model baru Civic generasi ke-11 yang telah dijadualkan pada 17 November ini melalui satu video yang dikongsikan oleh Honda di YouTube.
Jika sebelum ini Honda Civic FC amat sinonim dengan rekaan lampu belakang seakan sepit ketam, kali ini Civic generasi ke-11 nampaknya memperlihatkan rekaan lampu baharu pada bahagian depan dan belakang, rekaan rim baharu, dan reka bentuk yang pastinya lebih bergaya.

ARTIKEL BERKAITAN