Close

Honor telahpun dijual kepada Zhixin New Information Technology – Bukan lagi milik Huawei

Jenama honor tidak asing lagi dalam arena telefon pintar, komputer riba dan alatan berasaskan IoT. Jika sebelum ini kita tahu bahawa honor adalah sub-jenama dari Huawei, namun baru-baru ini honor telahpun sah dijual kepada Shenzen Zhixin New Information Technology.
Laporan ini telah dikongsikan oleh Reuters. Sebelum ini kita dengar honor dijual dengan nilai $15.2 billion (RM62 billion). Namun nilai jualan honor sebenar pada syarikat itu masih belum diketahui. Huawei juga tidak akan memegang apa-apa perkongsian lagi selepas penjualan honor kepada syarikat tersebut.
Apa pun dengan penjualan ini, harapnya ada sinar baru buat jenama honor untuk pasaran global dan Malaysia terutamanya. 

ARTIKEL BERKAITAN