Close

Huawei akan menggunakan kamera dengan sensor Liquid Lens bermula tahun 2021

Menurut laporan yang diterima dari China, Huawei kini berada di fasa terakhir dalam menguji sensor terbaru mereka yang dipanggil Liquid Lens. Yang mana sensor baru ini dapat meningkatkan kestabilan gambar dan juga masa fokus. Masa fokus dapat dikurangkan beberapa milisaat sama seperti masa fokus mata manusia.

Teknologi ini akan digunakan pada kamera telefoto terlebih dahulu. Menggerakkan lensa dan modul akan mengubah bentuk cecair melalui voltan yang berbeza sehingga memfokuskan cahaya. Dengan teknologi ini ia mampu bertahan lebih lama, berbanding motor fokus tradisional.

Huawei dikatakan akan menggunakan sensor Liquid lens pada peranti utamanya mereka bermula tahun 2021.


Menurut seorang pakar tipikal China, Liquid lens ini akan dipasang pada sensor Sony IMX782 yang masih belum diumumkan.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN