Close

Huawei dilaporkan akan menjual honor dengan nilai RM62 biliion

Umum sedia maklum bahawa honor adalah anak syarikat milik Huawei yang juga memfokuskan pada arena telefon pintar, alatan IoT dan komputer riba yang juga turut terkesan akibat isu pengharaman kerjasama dengan syarikat di AS seperti Google dan lain-lain.

Dalam satu laporan, Huawei dikhabarkan akan menjual honor dengan nilai $15.2 billion iaitu kira-kira RM62 billion. Penjualan ini termasuk aset seperti jenama, penyelidikan dan pembanguan, juga pihak pengurusan. 

Tambahnya lagi, hal ini berlaku disebabkan oleh sekatan kerjasama antara Huawei dan syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat sejak bulan Mei 2019 yang lalu.

Huawei juga turut merancang untuk mengekalkan kebanyakan kumpulan pengurusan dan lebih 7,000 pekerja mereka dalam masa 3 tahun. Namun buat masa ini tiada kenyataan rasmi dari pihak Huawei mahupun honor berhubung perkara ini.

Dijangka Huawei akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN