Close

Joe Biden menang pilihan raya mengalahkan Trump! – Presiden Amerika Syarikat ke-46

Akhirnya keputusan pilihan raya Amerika Syarikat telahpun memumutuskan bahawa Joe Biden (77 tahun) adalah Presiden Amerika Syarikat ke-46 setelah mendapat undian tertinggi sebanyak 284 berbanding pencabarnya Donald Trump yang hanya meraih 214 undi.
Jika dilihat dari media sosial, rata-rata selebriti AS mendedahkan sokongan mereka terhadap Joe Biden yang akhirnya menjadi kenyataan dan akan menggantikan tempat Donald Trump sebagai Presiden. Nampaknya Trump gagal mengekalkan kedudukan beliau sebagai Presiden. 
“Amerika adalah tentang rakyat. Saya mendapatkan pejabat ini untuk memulihkan jiwa rakyat. Untuk memulihkan kembali tulang belakang Amerika” – Dalam satu kenyataan Joe Biden

Apa pun, tahniah pada Joe Biden, Presiden AS ke-46 dan harapnya ada perubahan yang dilakukan oleh beliau terhadap ekonomi, kesihatan, kerjasama antara negara lain, isu dengan syarikat di China, isu perkauman/agama dan pelbagai lagi.

Petikan kata-kata beliau tentang Islam :

Ini salah satu sebab ramai mahukan Joe Biden jadi Presiden AS. Harap beliau berpegang teguh pada kata-kata. pic.twitter.com/OEv79V1uxq

— FAIZ ZAINAL (@thefaizzainal) November 8, 2020

ARTIKEL BERKAITAN