Close

Jualan kilat realme Smart Scale! – Skala pintar no.1 paling laris di Malaysia dengan 16 fungsi kesihatan yang menarik!

Alatan penjagaan badan sekarang boleh dikatakan sesuatu benda yang amat penting demi memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan yang baik. 

Oleh itu, realme sebelum ini telah memperkenalkan realme Smart Scale iaitu alat skala pintar dengan pelbagai fungsi menarik yang boleh dijadikan sebagai salah satu alat wajib untuk memantau dan menjaga kesihatan anda.


Dari segi rekaan, realme Smart Scale hadir dengan rupa yang minimal dan juga tahan lasak dengan ketebalan 23.3mm sahaja bersama ketahanan Tempered Glass yang terbaik dalam industri bagi memastikan penggunaan dalam jangka masa lama.

Selain itu juga, terdapat 16 fungsi dari yang asas sehingga yang lebih maju. Ia membolehkan pengguna mengumpul data dan memantau tahap kesihatan dari semasa ke semasa.



Antara fungsi menarik adalah seperti sensor Bioelectrical Impedance Analysis (BIA) yang dapat mengukur kadar lemak dan kandungan otot dalam badan sekaligus menganalisis maklumat semasa bioelektrik dalam badan.


Bagi anda yang prihatin tentang kesihatan jantung, realme Smart Scale menyokong pemantauan degupan jantung dan ia boleh diakses melalui aplikasi realme link. Menarik kan AIoT realme ni?



Macam mana pula dengan bateri? Jangan khuatir, realme Smart Scale hanya menggunakan bateri jenis AAA yang boleh dibeli di kedai biasa dengan ketahanan yang mencapai 360 hari. Ya! Setahun bateri dia mampu bertahan dengan hanya kuasa 60mAh. Jadi anda hanya perlu tukar bateri setahun sekali sahaja.


realme Smart Scale juga telah dinobatkan sebagai skala pintar no 1 paling laris untuk tahun 2020 dengan rekod penjualan 1000 unit dalam masa 24 jam sahaja dan juga no 2 dalam senarai penjagaan kesihatan. Menarik kan? Ramai yang sudah beli. Anda bila lagi?



Untuk dapatkan realme Smart Scale, anda boleh beli semasa jualan kilat realme pada 7 dan 8 November ini melalui pengedar rasmi realme Malaysia iaitu Sunway Pyramid, The Mines, Sutera Mall, IOI City dan DirectD (PJ Federal).



Dapatkan jualan kilat terakhir untuk realme Smart Scale dengan hanya RM99 sahaja sebelum terlambat! 

ARTIKEL BERKAITAN