Close

Kemaskini keselamatan untuk bulan November kini tersedia pada Google Pixel 3 dan ke atas

 

Google merupakan pengeluar yang menitikberatkan kemaskini keselamatan untuk barisan peranti mereka. Dan Google cenderung untuk memberikan kemaskini keselamatan pada minggu pertama setiap bulan.

Walaubagaimanapun, kemaskini ini tidak tersedia bagi peranti Google Pixel 2 yang akan menerima  kemaskini keselamatan sekaligus pada bulan Disember dan merupakan kemaskini terakhir buat Google Pixel 2.

Kemaskini November membawakan sejumlah penyelesaian kepada berapa permasalahan yang berlaku seperti YouTube Music terpadam secara tiba-tiba , masalah kamera muncul setelah dikunci, dan UI sistem diperbaiki yang mana butang navigasi  hilang ketika menonton video pada skrin penuh.

Untuk peranti Google Pixel 5 turut menerima kemaskini yang pertamanya, menyelesaikan masalah berkaitan panggilan dan Android Auto. Fungsi Kecerahan Adaptif  turut menerima kemaskini pada Pixel 5 dan Pixel 4a 5G.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN