Close

Kenali cip pemproses Apple Silicon yang pertama iaitu Apple M1

Acara “One More Thing’ Apple memperlihatkan barisan produk baru Mac yang akan menggunakan cip terbaru dari Apple iaitu M1. Ia merupakan peralihan Apple dari Intel kepada ARM selepas melihat kejayaan pada iPhone, iPad dan juga Apple Watch.

Cip M1 baru dari Apple ini menggunakan binaan 5nm yang merangkumi CPU 8 teras dengan empat teras prestasi dan empat teras kecekapan. Apple mendakwa M1 mampu melakukan 11 trillion operasi sesaat (TOPS). Cip ini juga dilengkapi dengan 16 teras Neural Engine tersendiri untuk pembelajaran mesin (ML).

Ia juga menawarkan prestasi 15x lebih pantas yang akan membantu meningkatkan kerja-kerja seperti analisi video, pengecaman suara dan pemprosesan gambar. Untuk Grafik, M1 menggunakan GPU 8-teras dengan 128 execution units yang mampu menampung sehingga 24,576 concurrent threads untuk 2.6 teraflop. Ini bermaksud kemampuan memainkan Video 4k menjadi lebih lancar dan sekaligus meningkatkan prestasi permainan.

                                         

Untuk penggunaan tenaga, Apple mengatakan cip M1 baru menawarkan prestasi yang lebih baik pada kadar penggunaan kuasa yang jauh lebih rendah. Sebagai perbandingan, Apple mendakwa bahawa pengguna dapat menjangkakan prestasi yang lebih baik berbanding dengan cip komputer riba generasi sekarang dengan seperempat kuasa.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN