Close

MacBook Air, MacBook Pro 13, dan Mac Mini dijana dengan cip Apple M1 yang lebih berkuasa

Dalam acara “One More Thing” Apple secara rasminya telah melancarkan cip pemproses baru berasaskan ARM yang direka khas untuk produk Mac. M1 ini adalah Sytem on Chip (SoC) Apple Silicon yang pertama yang direka berdasarkan ARM selepas Apple melihat kejayaan pada iPhone, iPad dan juga Apple Watch.

Pada acara WWDC 2020, Apple telah pun mengumumkan yang meraka bakal melancarkan Silicon (M1) dan akan menggunakanya pada edisi Mac baru. Dan Apple turut mengumumkan bahawa MacBook Air baru, MacBook Pro 13, dan Mac Mini adalah yang pertama akan menggunakan cip pemproses M1.

Menurut Apple peralihan MacBook Air, MacBook Pro 13, dan Mac Mini kepada cip baru adalah bagi memastikan peningkatan prestasi yang besar untuk menjadikan Macbook sebagai yang paling unggul yang boleh di beli. Untuk Macbook Air baru akan menawarkan prestasi CPU 3.5x lebih pantas, prestasi grafik sehingga 5x, dan mesin pembelajaran menjadi 9x lebih cepat. Pengawal storan baru dari Apple menjanjikan prestasi SSD x2 lebih cepat. Harga bagi Macbook Air baru ini adalah sekitar RM4,118 ($999).

Bagi Macbook Pro 13 dengan cip M1 ia dikatakan 2.8x lebih pantas dari generasi sebelumnya. Dengan prestasi grafik 5x lebih bagus untuk memberikan pengalaman grafik yang  intensif. Neural Engine baru pula menawarkan pembelajaran mesin 11x lebih cekap. Dan Apple mendakwa cip M1 ini meningkatkan 3x kepantasan daripada komputer riba Windows. Untuk harga Macbook Pro 13 bermula dari RM5,355( $1,299) dan RM4,942 ($1,199).

Dan produk yang terakhir yang menggunakan cip M1 ini adalah Mac Mini. Ia merangkumi reka bentuk termal baru yang canggih untuk mengekalkan prestasi secara senyap dan konsisten. Cip M1 pada Mac Mini akan membawakan prestasi 3x lebih pantas dari generasi sebelumnya. Sementara GPU 8-teras akan memberikan peningkatan sehingga 6x lebih cekap. Untuk rendering ia menawarkan 6x lebih cepat dari masa garis masa Final Cut Pro. Apple mendakwa Mac Mini mempunyai prestasi sehingga 5x lebih cepat berbanding Desktop Windows. Untuk Mac Mini ia akan dijual lebih murah $100 dari model sebelumnya dengan harga RM2,881 ($699)

Apple turut mengumumkan yang Mac OS Big Sur akan tersedia pada 12 November. Kesemua produk Mac yang menyokong Mac OS Big Sur akan mendapat kemaskini bermula hari Khamis.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN