Close

macOS Big Sur kini boleh dikemaskini buat pengguna Mac di Malaysia

Pada bulan Jun lalu, pada acara WWDC 2020 Apple telah melancarkan sistem operasi macOS yang dikemaskini dan diberi nama sebagai macOS Big Sur. Terdapat banyak perubahan dari segi antara muka dan ciri untuk macOS kali ini berbanding dengan versi Catalina.

Kini, yang dinantikan sudahpun tiba. Kerana hari ini Apple telah melepaskan kemaskini macOS Big Sur kepada semua pengguna Mac buat model terpilih sahaja. Antara model yang menyokong kemaskini macOS Big Sur :
  • MacBook 12-inci (2015 ke atas)
  • MacBook Air (2013 ke atas)
  • MacBook Pro (Late 2013 ke atas)
  • Mac mini (2014 ke atas)
  • Mac Pro (2014 ke atas)
  • iMac Pro (2017 ke atas)
Jika Mac anda sudah sedia dibeli dengan macOS Catalina, anda boleh terus kemaskini melalui tetapan sahaja (System Prefrences > Software Update). Manakala pengguna yang tidak dapat akses melalui tetapan, boleh layari pautan ini

ARTIKEL BERKAITAN