Close

Mahukan bateri 6000mAh dan pengecasan pantas 18W? realme C15 pilihan terbaik untuk anda!

Pada era moden ini, kebanyakkan perkara dilakukan secara atas talian baik pekerjaan mahupun pembelajaran. Kerana itu pemilihan peranti dengan kapasiti bateri yang besar adalah perkara yang perlu dititikberatkan. Selain itu, jenis pengecasan pantas juga perlu dilihat untuk memberikan masa mengecas yang singkat dan dapat memberikan masa penggunaan yang panjang.

 

 

Oleh itu, realme C15 hadir dengan penawaran yang memfokuskan kepada ketahanan bateri dengan pengecasan pantas yang bakal menyelesaikan masalah kepada pengguna yang masih tercari-cari peranti dengan ketahanan bateri yang panjang.

 

 

Untuk spesifikasi, realme C15 hadir dengan kapasiti bateri sebesar 6000mAh tidak cukup dengan itu realme turut menyertakan pengecasan pantas 18W pada realme C15. Dengan bateri sebesar itu, ia sudah pasti memberikan masa penggunaan yang lebih panjang sesuai digunakan untuk kerja seharian atau kelas atas talian.


 

 

Menurut ujian yang dijalankan oleh realme Lab, bateri realme C15 dapat bertahan selama 48 hari dalam mod bersedia (standby mode), dan ia adalah jauh lebih baik daripada beberapa peranti kelas atasan. Dengan keupayaan ini, ia bakal merubah penggunaan harian anda dan membuatkan anda bebas dari Powerbank.


Dengan sekali cas sahaja anda boleh menggunakan sehingga 48 hari. Senjata rahsia pada model ini adalah keupayaan peranti ini menjadi Powerbank dengan teknologi OTG khas (reverse charge), fungsi ini akan menjadikan realme C15 anda sebagai penyelamat dengan reverse charge. 


 

Kemampuan pengecasan pada realme C15 boleh dikatakan agak pantas. Dimuatkan dengan teknologi pengecasan pantas 18W dengan 30 minit pengecasan ia mampu mendapatkan sehingga 25% bateri.


Untuk memberikan jangka hayat bateri yang lebih panjang pengoptimuman perisian yang mendalam perlu dibuat. Yang mana ia mampu memberi perubahan yang besar pada penggunaan bateri.

 

 

Oleh yang demikian, dua fungsi penjimatan bateri telah ditambah pada realme C15. Fungsi penjimatan bateri dapat menambah jangka hayat bateri dengan mengurangkan penggunaan kuasa pada sesetengah fungsi dan untuk super penjimatan bateri ia lebih agresif yang bila di hidupkan ia mampu menjalankan Whatapps atau YouTube selama 2 jam dengan hanya 5% bateri.


Jika anda suka mendengar muzik secara atas talian realme C15 mampu bertahan sehingga 119 jam. Dan untuk penggemar online movies bateri realme C15 mampu bertahan sehingga 26.8 jam.

 

Kesimpulannya, realme C15 boleh dianggap sebagai peranti yang berbaloi. Dengan sejumlah penawaran yang memfokuskan kepada jangka hayat bateri yang panjang.


Ditambah dengan teknologi pengecasan pantas menjadikan ia sebuah peranti yang sempurna di dalam kelasnya. Nantikan pelancaran rasmi pada 24 November ini jam 12 tengah hari secara langsung di laman rasmi Facebook realme. 

 

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN