Close

OnePlus 8T Cyberpunk 2077 kini boleh dibeli di Malaysia dengan harga RM3,888

Ini bukanlah pertama kali OnePlus berkerjasama dengan mana-mana pengeluar. Sebelum ini kita telah  melihat banyak berkerjasama yang telah dibuat oleh OnePlus seperti edisi Star Wars, edisi Collete dan juga edisi Mclaren.

Dengan menggunakan Hype permainan “Cyberpunk 2077”, OnePlus telah berjaya menghasilkan sebuah lagi karya hebat. Dari nyahkotak sampailah peranti dihidupkan ia penuh dengan elemen futuristik seperti mana dalam permainan Cyberpunk.
OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077 dilengkapi  dengan panel belakang yang direka semula dengan modul kamera segi empat tepat yang besar, kemasan warna kelabu berbintik-bintik, accent kuning, dan perkataan Cyberpunk.

Walaupun kamera OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077 jauh lebih besar daripada varian biasa, OnePlus tidak mengubah kedudukan kamera. Tetapi , OnePlus menambah kaca belakang pada bahagian kamera yang lebih besar dan terdapat penjenamaan Cyberpunk.

Dengan perubahan rekaan luaran, pada bahagian dalaman OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077 turut hadir dengan tema khusus Cyberpunk yang mebawakan elemen estetika futuristik dari permainan tersebut.

Jika anda ingin mendapatakan edisi khas OnePlus 8T Cyberpunk 2077  anda boleh dapatkan di Mobile2Go pada tanda harga RM3,888.

ARTIKEL BERKAITAN