Close

OnePlus 8T edisi CyberPunk 2077 akan dilancarkan pada 2 November

Walaupun Cyberpunk 2077 mungkin ditangguhakan sehingga Disember, namun itu tidak berlaku kepada OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077 yang akan dilancarkan 2 November kelak.

OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077 akan mempunyai tema khusus, Pete Lau iaitu CEO OnePlus telah pun mengacah rekaan yang menunjukkan modul kamera segi empat tepat yang diletakkan di belakang dan terdapat logo besar Cyberpunk 2077 di sebelahnya.

Selain dari perubahan rekaan pada kamera, dari gambar yang telah di kongsikan ia juga menunjukkan logo OnePlus di bahagian tengah penutup belakang dengan perkataan Cyberpunk yang berwarna kuning di bawahnya. Terdapat juga accent kuning pada bahagian tepi yang memungkin ia merupakan lampu sama seperti pada Asus ROG.

OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077 akan mula dijual di China pada 4 November. Namun untuk pasaran global ia masih menjadi tanda tanya.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN