Close

OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077 kini rasmi dengan harga sekitar RM2,484

 

OnePlus 8T Cyberpunk 2077 telah pun dilancarkan, buat yang tidak tahu Cyberpunk 2077 adalah  permainan RPG yang di nanti-nantikan buat semua peminat RPG di bawah CD Projekt RED’s. Nanun, permainan tersebut ditangguhkan sehingga Disember.

OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077 dilengkapi  dengan panel belakang yang direka semula dengan modul kamera segi empat tepat yang besar, kemasan warna kelabu berbintik-bintik, accent kuning, dan perkataan Cyberpunk.

Walaupun kamera OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077 jauh lebih besar daripada varian biasa, OnePlus tidak mengubah kedudukan kamera. Tetapi , OnePlus menambah kaca belakang pada bahagian kamera yang lebih besar dan terdapat penjenamaan Cyberpunk.

Dengan perubahan rekaan luaran, pada bahagian dalaman OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077 turut hadir dengan tema khusus Cyberpunk yang mebawakan elemen estetika futuristik dari permainan tersebut.

OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077 hadir dengan penawaran 12/256 pada tanda harga CNY 3999 (RM2,484) dan sudah boleh di pra tempah di China. Untuk penawaran peringkat Global, OnePlus belum memberikan sebarang kemaskini mengenainya.

OnePlus bukanlah satu-satunya pengeluar yang memanfaatkan “Hype” permainan Cyberpunk 2077 tetapi Microsoft adalah yang pertama memanfaatkanya dengan melancarkan Xbox One X edisi Cyberpunk yang telah pun di jual di pasaran seluruh dunia.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN