Close

OnePlus 9 dikesan di Geekbench – Menggunakan Snapdragon 875 dengan 8GB RAM

Desas-desus mengenai peranti baru dari OnePlus iaitu OnePlus 9 semakin banyak di arena web. Sebelum ini, tertirisnya rekaan awal OnePlus 9 memperlihatkan penggunaan skrin rata dan kamera segi empat seperti pada OnePlus 8T.

Kali ini, OnePlus 9 telah dikesan pada penanda aras Geekbench yang memperlihatkan nombor model dan juga spesifikasinya. Menggunakan nombor model LE2113 yang merujuk kepada model OnePlus 9 bukan Pro.

Dengan penyenaraian tersebut ia mengesahkan yang OnePlus 9 akan dijana cip pemproses Snapdragon 875 dan digabungkan dengan 8GB RAM yang menjalankan Android 11. Ia mencatatkan skor 1,115 pada single core dan pada mutli core ia mencatat skor 3,483.


OnePlus 9 dikatakan akan dilancarkan sedikit awal berbanding siri belum ini. Terdapat beberapa khabar angin yang mengatakan siri OnePlus 9 bakal dilancarkan pada bulan Mac 2021. 

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN