Close

OnePlus Nord N10 dan N100 hanya akan menerima sekali sahaja kemaskini

 

OnePlus telah pun melancarkan dua lagi peranti di bawah siri Nord iaitu Nord10 dan juga Nord 100. Siri Nord merupakan peranti segmen kelas pertengahan dari OnePlus dalam mengembalikan philosophy mereka.

Namun, ada satu isu yang kurang enak di dengar untuk siri Nord 10 dan Nord 100. Siri baru Nord di katakan akan hanya menerima satu kemaskini sahaja. Ia disahkan Android Central yang mengatakan OnePlus tidak merancang untuk memberikan sokongan perisian jangka masa panjang dan hanya kemaskini Android 11 sahaja yang akan diberi.

Nord 10 dan Nord 100 menjalankan Android 10 di luar kotak, OnePlus sekurang-kurangnya memberikan sokongan sehingga Android 12 atau 13. Namun, OnePlus sudah pun mengeluarkan penyataan rasmi yang Nord 10 dan Nord 100 hanya menerima satu sahaja kemaskini.

OnePlus adalah salah satu pengeluar yang mempunyai fans based yang kuat. Tetapi kini OnePlus dilihat tidak lagi berada pada paksi yang betul.


(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN