Close

OnePlus Nord N100 sebenarnya menyokong paparan 90hz

 

Semasa pelancaran OnePlus Nord N100 salah satu spesifikasi yang menonjol adalah Fluid Display. Ia menjadikan OnePlus Nord N100 agak kebelakang berbanding peranti OnePlus lain seperti OnePlus Nord yang menyokong paparan 90Hz.

Namun, sebenarnya OnePlus Nord N100 menyokong paparan 90Hz yang memerlukan pengguna menghidupkan fungsi tersebut. Perkara ini disahkan oleh Android Authority yang mengatakan  Nord N100 menyokong paparan 90Hz tetapi bergantung kepada tetapan, aplikasi dan juga pemproses.

Walaubagaimanapun, masih tiada jawapan mengapa OnePlus merahsiakan paparan 90Hz pada Nord N100. Spekulasi mengatakan mungkin spesifikasi Nord N100 yang rendah yang mana tidak dapat memberikan pengalaman 90Hz yang konsisten pada semua aplikasi.

OnePlus hanya mempromosikan Fluid Display pada OnePlus Nord N100. Mungkin ini adalah jalan selamat untuk OnePlus dari mempromosikan sesuatu yang tidak konsisten yang memberi kesan kepada jenama mereka sendiri.

(sumber)

ARTIKEL BERKAITAN